Thursday, April 21, 2011

Uniform Calon Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak

Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Rambu Pengakap Kanak-Kanak
Pengakap Kanak-kanak setelah mendapat Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu satu Lencana Wajib, dua Lencana Kegemaran, dua Lencana Pengetahuan dan dua Lencana Perkhidmatan. Ia layak memakai Rambu Pengakap Kanak-Kanak dengan syarat
1. Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan
2. Berkelakuan baik
3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi
(Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak Edisi 1992 dengan pindaan baru)

Contoh Baju Uniform Penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak

Poket Kanan
1. Lencana Malaysia

Poket Kiri
2. Lencana Keahlian

Lengan Baju Uniform Kanan
1. Nama Negeri
2. Nama Daerah
3. Nombor Kumpulan
4. Lencana Keris Emas
5. Dua Lencana Perkhidmatan

Lengan Baju Uniform Kiri
1. Satu Lencana Wajib
2. Dua Lencana Kegemaran
3. Dua Lencana Pengetahuan
4. Rambu Biru Pengakap Kanak-kanak akan disarungkan dan dibutangkan pada bahagian atas bahu kiri.

*Kesemua lencana-lencana tersebut disusun dan dijahit dengan kemas.

No comments:

Post a Comment