Thursday, April 21, 2011

Peraturan Pertandingan Tarian Kebudayaan Malaysia


PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
SEMPENA PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
PERINGKAT NEGERI PERAK 2011
29 APRIL – 1 MEI 2011
KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR

Konsep Pertandingan
Pertandingan ini adalah lebih kepada persembahan dan pengisikan aktiviti perkhemahan. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan baru seperti yang disenaraikan. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Aktiviti
.
1. Tarikh dan masa pertandingan
Sabtu, 30 April 2011 – Bermula jam 8.30 malam

2. Tempat pertandingan
Dewan besar Kompleks Rakan Muda Kampar

3. Penyertaan
3.1 Setiap kontinjen wajib menghantar 1 pasukan tarian
3.2 Satu pasukan tarian adalah 10 orang penari atau kurang
3.3 Penari mesti terdiri daripada peserta Perkhemahan Anugerah Rambu
PKK Negeri Perak 2011
3.4 Setiap pasukan hendaklah menyediakan CD Lagu Tarian masing-masing. Diserahkan 10 minit sebelum giliran persembahan pasukan kepada Jawatankuasa siaraya.

4. Tempoh Masa Persembahan Tarian
4.1 Tidak lebih 10 minit dan tidak kurang dari 7 minit untuk setiap pasukan

5. Format Tarian
5.1 Sebarang jenis Tarian Kebudayaan Malaysia sahaja
5.2 Gerak laku yang berunsur negatif dan sensitif seperti pemujaan unsur-
unsur keagamaan, provokasi dan politik adalah dilarang sama sekali.

6. Penyusunan Jadual Giliran Persembahan
6.1 Ketua kontijen akan membuat cabutan undian giliran persembahan pada waktu pendaftaran kontinjen 29 April 2011
6.2 Setelah selesai semua cabutan undian, jadual giliran persembahan akan dikeluarkan. Sebarang pertukaran jadual giliran persembahan tidak dibenarkan

7. Pakaian
7.1 Setiap pemain mesti memakai pakaian yang bersesuaian dengan persembahan.
7.2 Pakaian yang mendedahkan sebahagian besar tubuh badan dan menjolok mata adalah tidak dibenarkan.

8. Permarkahan
8.1 Kretiviti persembahan – 35 %
8.2 Koordinasi muzik, gerakan dan keceriaan - 30 %
8.3 Busana dan tatarias - 20 %
8.4 Nilai estitika - 15 %
8.5 Markah penuh – 100 %

9. Penghakiman
9.1 Dihakimi oleh dua orang hakim dengan seorang ketua hakim.
9.2 Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
9.3 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
9.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

10. Bantahan
10.1 Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

11. Hal – hal yang tidak di peruntukan
11.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Aktiviti yang keputusannya adalah muktamad.

12. Hadiah
12.1 Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Aktiviti
Pertandingan Tarian Kebudayaan Malaysia
Perkhemahan Anugerah Rambu PKK Negeri Perak 2011

Link : PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
Link : BORANG HAKIM TARIAN

No comments:

Post a Comment