Thursday, April 21, 2011

Peraturan Pertandingan Futsal


PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA KONTINJEN SEMPENA PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK 2011 29 APRIL – 1 MEI 2011 KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR

Konsep Pertandingan
Pertandingan ini adalah lebih kepada perlawanan persahabatan dan pengisikan aktiviti perkhemahan. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan baru seperti yang disenaraikan. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Aktiviti
.
1. Tarikh dan masa pertandingan
Sabtu, 30 April 2011 – Bermula jam 8.00 pagi

2. Tempat pertandingan
Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda Kampar

3. Penyertaan
3.1 Setiap kontinjen wajib menghantar 1 pasukan
3.2 Satu pasukan adalah 10 orang terdiri 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan
3.3 Pemain mesti terdiri daripada peserta Perkhemahan Anugerah Rambu
PKK Negeri Perak 2011

4. Penggantian Pemain
4.1 Pertukaran pemain adalah tidak terhad
4.2 Pertukaran boleh dibuat pada bila-bila masa pada waktu permainan

5. Masa Permainan
5.1 6 minit untuk setiap separuh masa. (6-0-6)
5.2 Tiada masa rehat

6. Format Pertandingan
6.1 Kalah singkir (kalah–mati)
6.2 3 sepakan penalti diberikan jika keputusan seri setelah masa permainan sebenar tamat. Pasukan yang mendahului dengan 2 jaringan dikira sebagai pemenang.

7. Penyusunan Jadual
7.1 Ketua kontijen akan membuat cabutan undian pada waktu pendaftaran kontinjen Jumaat, 29 April 2011
7.2 Setelah selesai semua cabutan undian, jadual perlawanan akan dikeluarkan. Sebarang pertukaran jadual perlawanan tidak dibenarkan

8. Taklimat
8.1 Taklimat ringkas dari pengadil bertugas untuk semua pasukan pada 8.00 pagi, Sabtu, 30 April 2011
9. Jersi
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersey bernombor atau bib bernombor

10. Pakaian
10.1 Setiap pemain diwajibkan berkasut dan memakai pakaian yang sesuai
10.2 Kasut yang dibenarkan adalah kasut sukan/ getah. Kasut yang berstud adalah tidak dibenarkan

11. Menarik diri atau menyerah kalah
11.1 Tidak dibenarkan menarik diri atau enggan bermain.

12. Undang-undang permainan
12.1 Undang-Undang permainan hendaklah mengikut undang-undang Futsal oleh FIFA.

13. Bantahan
13.1 Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

14. Hal – hal yang tidak di peruntukan
14.4 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Aktiviti yang keputusannya adalah muktamad.

15. Hadiah
15.1 Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Aktiviti
Pertandingan Futsal Antara Kontinjen
Perkhemahan Anugerah Rambu PKK Negeri Perak 2011

Link : PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL
Link : JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL

1 comment:

  1. Columbia Titanium Pants | Tee Shop - Tioga - Tioga
    Columbia Titanium Pants. titanium quartz meaning $13.99 2018 ford fusion energi titanium · UPC: 0319597569 · Color: Black; Color: Light Gray; Color: Light Gray; camillus titanium Color: Dark Green; Size: Medium. Rating: 4.4 · ‎4 reviews ion titanium hair color · ‎$13.99 · ‎Out of stock titanium gr 2

    ReplyDelete